Hai! Hari ini, saya sekeluarga pergi beli barang dapur di Hero Supermarket. Sebelum itu, kami bersarapan di Amier Yusof. Sebenarnya Restoran itu bernama Ameer Ehsan. Saya sekeluarga panggil restoran itu Amier Yusof kerana Amier Yusof itu ialah nama kawan abang saya.
Di Hero, kami membeli ayam, daging, sayur-sayuran, aiskrim, sabun dan pelbagai lagi barang. Semasa memilih barang untuk dibeli, saya tiba - tiba sakit perut dan ingin ke kamar selesa. saya ditemani oleh ayah saya untuk ke kamar selesa yang ada di Galaxy. Ketika saya di dalam kamar selesa, ayah saya tunggu di MBO sambil lihat tajuk-tajuk movie yang ditayangkan di panggung wayang. Antaranya ialah Insideous 2, Gravity dan lain-lain. Kemudian, saya dan ayah saya pun berjalan balik ke Hero.
Blog ini tentang apa yang kenanga cahaya buat setiap hari. Seperti pergi bercuti, hari sukan di sekolah, wayang pacak bersama rakan rakan, sopping bersama keluarga dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Saturday, 26 October 2013
School Jogathon
Hari ini pada pukul 7.30 pagi bermulanya Hari Jogathon dan Sukan Rakyat di sekolah saya. Banyak aktiviti di sana. Antaranya Larian Jogathon, congkak, anyam ketupat, batu seremban, permainan Galah Panjang, Baling Tin dan Tuju Selipar. Di sana juga terdapat gerai jualan. Ada Nasi Minyak, Nasi Lemak, Mee Goreng, Kentang Putar, Cenderamata dan Aiskrim Ajaib. Pada malam itu, ada tayangan filem Adnan Sempit 3 di padang SK Desa Pandan.
Larian Jogathon
Sebaik sahaja keluar dari kawasan sekolah, saya dan rakan - rakan meluru belok ke kanan ke arah Kampung Perwirajaya. Setelah merentasi kampung tersebut, kami belok ke kiri di hadapan Taman Tasik Ampang Hilir. Saya terserempak dengan ayah saya yang sedang merakam video. Kemudian, saya dipotong oleh Syaza Dania dan kumpulannya. Adik saya, Lily Lola sudah jauh di hadapan. Begitu juga dengan abang saya, Emre Nahref. Adik saya yang bernama Shisha bom bom, tidak berjoging. Sebab dia murid tahun satu. Tahun satu tidak berjoging, tetapi mereka ada Pertandingan Mewarna di Dewan Sekolah.
Wayang Pacak
Kami semua menonton movieAdnan Sempit 3 pada malam yang meriah itu. Kami bersantai di atas tikar sambil menonton wayang di padang sekolah. Lepas habis cerita tu, ada kuiz yang senang dan dapat hadiah yng menarik. Memang best betul. Saya sangat gembira.

Friday, 25 October 2013
Here I am!
Hai! Ini kali pertama saya menulis blog. Saya akan ceritakan kepada anda apa yang saya buat setiap hari. Dan semestinya cerita-cerita menarik di dalam hidup saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)