Hari ini pada pukul 7.30 pagi bermulanya Hari Jogathon dan Sukan Rakyat di sekolah saya. Banyak aktiviti di sana. Antaranya Larian Jogathon, congkak, anyam ketupat, batu seremban, permainan Galah Panjang, Baling Tin dan Tuju Selipar. Di sana juga terdapat gerai jualan. Ada Nasi Minyak, Nasi Lemak, Mee Goreng, Kentang Putar, Cenderamata dan Aiskrim Ajaib. Pada malam itu, ada tayangan filem Adnan Sempit 3 di padang SK Desa Pandan.
Larian Jogathon
Sebaik
sahaja keluar dari kawasan sekolah, saya dan rakan - rakan meluru belok
ke kanan ke arah Kampung Perwirajaya. Setelah merentasi kampung
tersebut, kami belok ke kiri di hadapan Taman Tasik Ampang Hilir. Saya
terserempak dengan ayah saya yang sedang merakam video. Kemudian, saya
dipotong oleh Syaza Dania dan kumpulannya. Adik saya, Lily Lola sudah
jauh di hadapan. Begitu juga dengan abang saya, Emre Nahref. Adik saya yang
bernama Shisha bom bom, tidak berjoging. Sebab dia murid tahun satu. Tahun
satu tidak berjoging, tetapi mereka ada Pertandingan Mewarna di Dewan
Sekolah.
Wayang Pacak
Kami semua menonton movieAdnan Sempit 3 pada malam yang meriah itu. Kami bersantai di atas tikar sambil menonton wayang di padang sekolah. Lepas habis cerita tu, ada kuiz yang senang dan dapat hadiah yng menarik. Memang best betul. Saya sangat gembira.

No comments:
Post a Comment