Hai! Hari ini, saya sekeluarga pergi beli barang dapur di Hero Supermarket. Sebelum itu, kami bersarapan di Amier Yusof. Sebenarnya Restoran itu bernama Ameer Ehsan. Saya sekeluarga panggil restoran itu Amier Yusof kerana Amier Yusof itu ialah nama kawan abang saya.
Di Hero, kami membeli ayam, daging, sayur-sayuran, aiskrim, sabun dan pelbagai lagi barang. Semasa memilih barang untuk dibeli, saya tiba - tiba sakit perut dan ingin ke kamar selesa. saya ditemani oleh ayah saya untuk ke kamar selesa yang ada di Galaxy. Ketika saya di dalam kamar selesa, ayah saya tunggu di MBO sambil lihat tajuk-tajuk movie yang ditayangkan di panggung wayang. Antaranya ialah Insideous 2, Gravity dan lain-lain. Kemudian, saya dan ayah saya pun berjalan balik ke Hero.
No comments:
Post a Comment